Ucapan Pengerusi
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua anggota yang memberikan kerjasama secara langsung atau tidak langsung untuk kemajuan dan kejayaan koperasi yang baru ditubuhkan pada tahun 2007 ini.
Diharapkan barisan ALK dan anggota sama-sama mengembeling tenaga dan idea untuk menjana pendapatan melalui pelbagai cabang perniagaan dan aktiviti perkhidmatan agar tidak melupakan kepentingan setiap anggota.
Aktiviti masa depan & kegiatan koperasi
Aktiviti yang berlaku dalam mana-mana koperasi yang dikatakan maju kebiasaannya ialah begitu pelbagai,bukan hanya sekadar satu atau dua jenis aktiviti sahaja.Kita perlu memikirkan kepelbagaian aktiviti agar koperasi boleh terlibat dalam aktiviti keusahawanan,peruncitan,penternakan dan perkhidmatan jualan hasil ternakan dan banyak lagi
Akhirkata,saya menyusun sepuluh jari memohon maaf kepada semua pihak sekiranya terdapat kesalahan dan kesilapan sepanjang saya menjalankan tugas yang diamanahkan ini.Besar harapan saya agar koperasi ini berjaya menjana kemajuan dan meraih keuntungan yang tinggi dalam semua aktiviti yang dirancang di tahun hadapan.
Sekian
Tn Hj Mohd Tahir
Pengerusi Koperasi